Some Video B4 Sleep

Posted in Pandangan Hidup with tags , on July 15, 2010 by muha90

More Video. Have some Fun

Advertisements

Tilikan Bola oleh Sotong yang Bernama Paul

Posted in Pandangan Hidup with tags , on July 12, 2010 by muha90

Demam World Cup sedang melanda dunia

Mana la x demam, sekali adlam 4 tahun ja, memang orang yg gila bola, cerita pasal bola, masing2 bising dengan pasukan kegemaran sendiri dan semua sibuk meramalkan siapa yg akan menang World Cup

( Patut aku tulis pasal World Cup ni masa WC start bulan lepas )

Aku x sokong mana2 team pun sebab bagi aku, semua team yang masuk world cup ni, semua hebat2

Mau lepas ke pasukan 32 terbaek, bukan senang ooooo

Sedangkan Korea Utara, negara yang paling terpencil di dunia ( bukan terpencil maksud negara paling kecil, tp polisi pemimpin negara tu yg taksub sanagt dengan penubuhan negara komunis di era 1950-an ) layak ke World Cup, tapi malangnya, negara Malaysia, berapa juta sudah dilaburkan untuk bola sepak, tp sia2 sja

Ranking dunia, masih lagi x lepas 150 terbaek, lagi bagus diorang buang semua orang2 FAM yg x guna tu

Kepimpinan lebih profesional, buat macam di europe

Tapi, final kali ni, agak menarik sebab 2 team yg orang x sangka akan bertemu di final

Brazil kalah di tangan Belanda ( aku pun x sangka yg brazil boleh kalah ). Yang ni mau komen sikit

Brazil kalah bukan sebab diorang tu lembap, lemah, tapi kesilapan sorang pemain defend FELIPE MELO

Bukan shj dia telah menyumbang gol untuk Belanda ( masa dia tgh tanduk bola sbb Cesar x dapat tangkap bola tu ), tapi dia juga telah menendang kaki robben, ( kalau nk tendang pun, jgn la depan refree, x pun klu nk tendang orang, lepas WC la ) so, referee tanpa 2 kali pikir, bagi kad merah sama water’MELO’n ni

Banyak lagi la star2 yang fail masa WC ni

Rooney : Semakin hari, semakin bulat badan dia ni, dalam masa 2 tahun, baik dia bersara dan jaga bini dia. Badan dia x sesuai sda men bola, sebab bulat macam bola jubilani tu. Prestasi WC dia kali ni, paling buruk, walaupun baru pulih dari kecederaan, tapi dimasukkan juga dalam skuad utama England yg lebih dikenali dengan 3 Lions ( silap bagi nama ni, patut 3 little mice ). Tiada gol yang disumbangkan untuk membantu England menang WC sejak 1966. England mempunyai liga bola yg paling terkenal di dunia, yg mana majoriti rakyat Malaysia ni, tergila-gilakan BPL sampaikan kedai2 mamak pun klu ada bola, bagi tgk BPL sja. Ramai juga yg minat Manchester United ni, so ramai la yg minat sama Wayne Rooney ni. X dapat dinafikan yg memnag c Rooney ni hebat, tp masa World Cup ni, performance memang teruk.

Ronaldo : Star player yang betul2 fail masa WC kali ni. Walaupun dikatakan sebagai player yg hebat, paling mahal di dunia, tapi nilai dia ni tidaklah berbaloi semasa World Cup. Hanya 1 gol berjaya dijaringkan sepanjang WC. Sama ada nasib x menyebelahi dia ataupun dia x dapat support dr team member, tp memang TOTAL FAIL la dia ni

Messi : Player yang bernama Lionel Messi ( wat a ‘Mess’i for him in this world cup ). Langsung tiada gol. Tapi tabik sikit la sama dia sebab masa lawan nigeria hari tu, memang keeper on form la masa tu sbb dapat selamatkan sepakan maut si messi ni. Nasib x baik sgt kot utk c messi masa WC ni sbb prestasi ok la, tp gol tarak

3 player ni la yg aku suka highlight sebagai biggest failure in WC

Tapi yg aku nk bising pasal WC ni bukanla psl failure diorang ni

tp pasal SOTONG

Yang ni kecoh la satu dunia sebab semua ramalan yang dia buat, memang betul

X kesah la betul atau tidak sebab x ada kaitan hidup dengan aku pun

Tapi yang aku kesahkan, bila ramai la manusia ni mula taksub dengan binatang ni sebab boleh menguntungkan diorang, lagi2 yang kaki judi. Kalau la ramalan si sotong ni betul, silap2 bley jadi jutawan Power Root, tapi kalau silap, bley jadi ‘kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang’.

Kalau yang beragama Islam, benda 2 ni la yang boleh membawa kepada syirik

Aku ambil dari petikan Berita Hairan

“KUALA LUMPUR: Tokoh agama di negara ini mendakwa amalan mempercayai ramalan atau tilikan adalah haram di sisi agama Islam dan boleh merosakkan akidah. Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsudin, berkata ramalan bagi menentu keputusan perlawanan bola sepak juga adalah haram dan umat Islam yang mempercayainya melakukan dosa besar kerana syirik terhadap Allah. “Dalam hadis ada menegaskan ramalan, tekaan atau tilik menilik yang dilakukan manusia adalah satu pembohongan. Maka, jika manusia yang meramal pun dipanggil pembohong, apatah lagi jika haiwan yang meramal.

“Jika setiap ramalan itu betul, ia hanya kebetulan, bukan kerana kepandaian dimiliki manusia atau haiwan, sebaliknya hanya kebetulan. Oleh itu, haram bagi umat Islam percaya kepada ramalan. Ia akan merosakkan akidah, diri, keluarga dan masyarakat kerana mendorong kepada amalan bertaruh dan berjudi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, masyarakat dunia dikejutkan dengan ramalan keputusan perlawanan bola sepak Piala Dunia yang dilakukan seekor sotong kurita bernama Paul. Bagi pertemuan akhir antara Belanda dengan Sepanyol sotong berkenaan meramalkan kemenangan bakal memihak kepada Sepanyol.

Selain sotong kurita, seekor burung nuri yang dipelihara di Singapura, dikenali sebagai ‘Mani Si Nuri’ pula meramalkan Belanda akan menewaskanSepanyol bagi menjuarai Piala Dunia 2010.
Tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din, berkata umat Islam yang mempercayai sesuatu ramalan itu perlu sedar bahawa solatnya tidak akan diterima oleh Allah selama 40 hari.

“Jika seseorang itu perca ya kepada sesuatu ramalan, maka Allah tidak akan menerima solatnya selama 40 hari. Umat Islam tidak boleh percaya kepada ramalan seperti itu dan ia salah di sisi Islam,” katanya.

Sementara itu, bagi pendakwah bebas, Datuk Md Daud Che Ngah, berkata perkara yang akan berlaku pada masa depan terletak di tangan Allah dan manusia atau haiwan tidak boleh meramalkan apa yang bakal berlaku.

“Kita hanya boleh merancang, tetapi Allah yang menentukan dan tidak boleh meramalkan sesuatu bakal berlaku, hanya Allah berhak meletak jawapannya (apa yang akan berlaku) dan kita tidak boleh mendahuluiNya,” katanya.

Katanya, perbuatan mempercayai ramalan dan juga lebih mengutamakan sesuatu perlawanan bola sepak sehingga mengabaikan solat adalah perbuatan syirik dan dimurkai Allah.”

Bukanla mau tunjuk alim, tapi sekadar memberi nasihat

Kalau la ditakdirkan malaysia lawan german

Dan si paul buat ramalan yg malaysia akan menang

Rasa2 orang percaya ka dengan prestasi bola sepak malaysia sekarang ni??

so fikir2kan dan renung2 kan

P/S: Penat tangan den menaip panjang2, biasala, WC dah nak sampai ke penghujungnya

Movie

Posted in Pandangan Hidup with tags on July 12, 2010 by muha90

Pada suati hari, di tengah kedinginan malam dan kegelapan malam, aku melangkah ke kereta dengan rasa gembira sebab dapat keluar malam untuk sesi ”watching movie’. Tapi, x tau lagi wayang apa yg mau ditengok, sbb aku ni jenis sampai di kaunter tiket dulu baru boleh tgk wayang apa

Apabila diri telah memandu kereta waktu malam, rasa macam mau speeding ja di jalan sebab

Rasa macam best

Nak cepat weyh, klu lambat nanti pergi ke 1b hanya utk membeli tiket wayang, kalau boleh lepas beli tiket, jalan2 dulu jap

Apa2 pun, jangan speeding, nanti nyawa melayang

Sampai di 1b, jumpa la member, tp dia jalan dgn member2 dia

Aku jalan sorang ja, bukan apa, x sempat pun nak ajak orang

oh ya, aku ni pun jenis jalan sorang2, kalau ada mood, baru aku join mana2 orang yg bawa aku jalan

Masa sampai di kaunter tiket tu, baru la decide nak tgk wayang apa sebab mau tgk jam brapa juga

Malas mau tgk wayang yg tengah malam, sebab klu balik rumah lewat, nanti kena sound

My mom x marah pun tp ada orang ke ‘tiga” di rumah yang akan bising, dan soal siasat itu ini, bley dikatakan polis pun kalah ( yg ni orang yg dah biasa tggl di rumah aku yg tau sapa ni ) ……………..

Sampai2, tgk wayang apa yg sesuai, ambl la twilight sebab wayang start jam 9.30 malam

Lepas beli tiket wayang tu, jalan2 la dulu, cuci mata tengok barang

Bila wayang suda start, trus aku off ipod aku dan trus melangkah ke panggung 1

YANG NI BAB PALING PANAZZ NI MASA TENGOK WAYANG

Sepanjang wayang tu, aku pun tertunggu tunggu, bilalah ada babak belawan ni

30 minit berlalu, 60 minit berlalu dan samapai la ke 30 minit terakhir wayang tu, barulalh ada babak berlawan

tp dalam hati aku kluar la WTF!!!!!!

Ni la movie yg paling sakit ati pernah aku tgk

Babak kissing lg byk dari berlawan????????????????????

Gila seks apa dia punya director ni??????

Common la, orang maw tgk filem yg boleh memberi kepuasan, jalan cerita yang menarik

TWILIGHT??? Sanggup lagi aku tengok toy story 3d 3 kali

Adess, director pun satu, ingat bila 1st story ko tu menang banyak anugerah, ko ingat next2 crita tu, lagi menarik??

Kalau la aku jadi pengkritik movie d holywood sna

Aku akan cakap ‘ this movie is  totally a RUBBISH because every second you spend watching this movie, it will give you pain that you body wont feel it, but you mind have to endure it, and if you mind cant endure it, you might ending walk out from the cinema in 1 hour and you will always remember that TWILIGHT ECLIPSE IS THE WORST MOVIE THAT YOU HAVE EVER WATCHED IN THE REST OF YOUR LIFE’

Siapa2 yang blum tengok cerita ni, senang ja aku cakap

Jangan tengok, sudahla sampah, buat sakit hati ja tgk cerita2 macam ni

Just Watch

Posted in Pandangan Hidup with tags , on June 28, 2010 by muha90

Untuk video yg first ni, lawak la jga ( x tau la bagi sesetengah orang, mungkin kurang sket lawak )

tapi bagi saya, memang kelakar pun, samapi mak sendiri pun heran saya gelak sorang2 bila tgk video ni

ayat paling bez

JOS airlines – jiko ooikedo shinpai suruna

we have a los of accidents but dont worry, haha

ni pun bley tahan jga

mamat ni pandai jga buat lawak

haha, kalau boring, bley usha video dia

Video Pelik

Posted in Pandangan Hidup with tags , on May 27, 2010 by muha90

Salam

Di pagi yang ceria ni, salah satu petua untuk hidup lama ( klu ditakdirkan hidup lama la )

Mulakan hari anda dengan senyuman

So, di pagi2 ni, nak bagi tgk video pelik

Hope can enjoy it

Yg dah tengok tu, klu nk tgk lg pun x apa

Teringat pla masa zaman muda2 dulu g jepun, rindu pla nk tgk show2 mcm ni

Walaupun x paham, tp tgk telatah video drg ni pun dah mampu untuk buat saya tersenyum

Cikgu dan Pelajar Bergusti di Sekolah

Posted in Pandangan Hidup with tags , , on May 26, 2010 by muha90

KUALA LUMPUR: Seorang guru lelaki sebuah sekolah menengah di ibu kota bukan saja dimaki-hamun pelajarnya, malah turut ditumbuk berulang kali pada muka menyebabkannya mengalami kecederaan.
Difahamkan, dalam kejadian Isnin lalu, pelajar tingkatan satu berusia 13 tahun terbabit hilang kawalan selepas didenda guru itu kerana tidak membawa buku teks mata pelajaran diajarnya.

Semuanya bermula kira-kira jam 12 tengah hari apabila guru berusia 24 tahun itu mengarahkan pelajar tertabit keluar dari kelasnya dan berdiri di hadapan pintu sebagai hukuman.

Menurut sumber, pelajar terbabit dalam keadaan marah keluar dan berdiri di hadapan kelasnya sambil mencaci guru berkenaan.

“Bagaimanapun, guru berkenaan tidak mengendahkan tindakan pelajar terbabit dan meneruskan sesi pembelajaran,” katanya.

Sumber itu berkata, sikap biadab pelajar itu berterusan apabila dia cuba mengeruhkan keadaan dengan mengganggu pelajar lain yang mengikuti pembelajaran.

“Setiap kali ditegur guru berkenaan, pelajar terbabit memaki-hamun mangsa menyebabkan keadaan tegang seketika. Bukan sekali dua ditegur, guru berkenaan menegurnya lebih 10 kali, namun dia masih berdegil dan cuba mengganggu sesi pembelajaran,” katanya.

Difahamkan, pelajar itu menghamburkan kata-kata kesat kepada guru berkenaan lebih 20 minit menyebabkan mangsa mula berang.

Menurut sumber itu, guru berkenaan keluar dari kelasnya sebelum memukul bahu pelajar terbabit menggunakan buku teks dipegangnya.

Bagaimanapun, buku itu terjatuh apabila pelajar terbabit mengelak.

Tindakan guru berkenaan yang tunduk untuk mengambil semula buku itu mengundang padah apabila dia diserang pelajar terbabit.

Sumber itu berkata, guru berkenaan ditumbuk lebih lima kali pada muka menyebabkannya cedera.

Difahamkan, guru itu tidak melawan kerana terkejut tindakan berani dan melampau pelajar terbabit.

Menurutnya, kejadian itu bukan saja disaksikan pelajar lain, malah beberapa guru yang mengajar di kelas bersebelahan.

“Seorang daripada guru yang menyaksikan kejadian itu menghubungi polis sebelum sekumpulan anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan memberkas pelajar terbabit yang sedang mengamuk,” katanya.

Pelajar terbabit dibawa ke Balai Polis Cheras di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Guru berkenaan diarahkan tampil di balai polis untuk membuat laporan.

Difahamkan, pelajar terbabit sudah dibuang sekolah berikutan tindakan keterlaluannya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu kes itu sudah dirujukkan semula kepada pentadbiran sekolah untuk tindakan lanjut.

Usaha Harian Metro mendapatkan penjelasan lanjut pihak pentadbiran sekolah berkenaan gagal.

Sumber: Bernama

Nak komen sikit la pasal isu ni

Pelajar belasah guru………

Nampak sangat la pelajar sekarang ni layak dipanggil lahabau, setan, x pun iblis

( pelajar yg suka blasah guru la, yg rajin blajar tu, x termasuk dalam golongan ni )

Ni la punca benda2 ni terjadi, mak bapa backup sgt anak2 diorang ni yg dah rosak akhlak

Bila anak diorang kna sentuh sket oleh cikgu, pergh, jadi siu besar, kalau boleh, lg besar isu ni dari isu kekurangan gula di malaysia dgn kenaikan harga minyak

Kepada ibu bapa, x payah backup sgt la anak2 yg pegi blasah cikgu ni. Ajar sket anak tu supaya berbudi bahasa

Nak blasah orang, g la blasah peragut, perogol, perompak, pencuri, penyangak apa semua

Gi belasah cikgu buat apa, mana ada klas, menjatuhkan nama keluarga ada la

Cikgu pula, klu pelajar buat silap sikit, nk pukul pun kna pikir banyak kali, takut kna turun naik mahkamah, tu dah jadi satu hal.

Dahla pagi petang siang malam kena jaga pelajar, tu x kira tugas sampingan, buat kertas kerja la, buat perancangan mengajar, nk semak kertas

Kalau marah sangat dgn guru pun, klu mmg dah panazzzzz sgt, maki hamun soran2g dahla, x pyh la nk tunjuk lagak hero bollywood, g blasah guru

Apa punya pelajar la, ada akal tp x guna dgn betul

Baik bagi akal tu kt binatang, lg berfaedah

Hiroshima: The Unseen Picture

Posted in Pandangan Hidup with tags , on May 25, 2010 by muha90

Salam

Bila otak dah blank, x tau nk tulis apa, so tengah hari yang indah ni, just mau kongsi gambar2 lepas pengeboman di Hiroshima

Take some lessons from the pictures

The Atomic Bombings of Hiroshima and Nagasaki killed about 250.000 people and became the most dreadful slaughter of civilians in modern history. However, for many years there was a curious gap in the photographic records. Although the names of Hiroshima and Nagasaki were incised into our memories, there were few pictures to accompany them. Even today, the image in our minds is a mixture of devastated landscapes and shattered buildings. Shocking images of the ruins, but where were the victims?

The American occupation forces imposed strict censorship on Japan, prohibiting anything “that might, directly or by inference, disturb public tranquility” and used it to prohibit all pictures of the bombed cities. The pictures remained classified ‘top secret’ for many years. Some of the images have been published later by different means, but it’s not usual to see them all together. This is the horror they didn’t want us to see, and that we must NEVER forget:

Within a certain distance from the site of explosion, the heat was so intense that practically everything was vaporised. The shadows of the parapets were imprinted on the road surface of the Yorozuyo Bridge, 1/2 of a mile south-southwest of the hypocenter. Besides, in Hiroshima, all that was left of some humans, sitting on stone benches near the centre of explosion, was their outlines.

On August 6, 1945, 8.15 am, the uranium atom bomb exploded 580 metres above the city of Hiroshima with a blinding flash, creating a giant fireball and sending surface temperatures to 4,000C. Fierce heat rays and radiation burst out in every direction, unleashing a high pressure shockwave, vaporising tens of thousands of people and animals, melting buildings and streetcars, reducing a 400-year-old city to dust.

Beneath the center of the explosion, temperatures were hot enough to melt concrete and steel. Within seconds, 75,000 people had been killed or fatally injured with 65% of the casualties nine years of age and younger.

Radiation deaths were still occurring in large numbers in the following days. “For no apparent reason their health began to fail. They lost appetite. Their hair fell out. Bluish spots appeared on their bodies. And then bleeding began from the ears, nose and mouth”.

This photograph shows an eyeball of an A-bomb victim who got an atomic bomb cataract. There is opacity near the center of the eyeball.

Yang ni just men copy paste, sbb x tau nak cakap psl apa hari ni. Btw, hayati gambar yang disajikan pada tengah hari ni. Bon Voyage,,,,,,,